Sunday, 7 October 2012

Kate: The final Episode

Hehe entri terakhir pasal Kate.

Seperti tertulis di entri sebelum ni, Kate dikhabarkan mengamalkan Dukan Diet untuk badan yang langsing. Diet ni diasaskan oleh Dr Pierre Dukan, doktor dari Perancis. Yang paling best, dengan amalkan diet ni, tak perlu selalu bersenam di gimnasium. Tak perlu jugak pantang makan makanan yang kita suka.

Secara ringkas, inilah langkah - langkah Dukan Diet: - (dari web cosmopolitan)

Langkah 1
Makan makanan yang mengandungi kandungan Protein yang tinggi. (kandungan Protein paling tinggi dalam putih telur). Contoh makanan : - daging tanpa lemak, produk tenusu tanpa lemak, ikan, makanan laut.
Kekalkan makan makanan berprotein tinggi untuk tempoh 2 hingga 7 hari, bergantung kepada berapa berat yang hendak dikurangkan.

Langkah 2
Sekarang, selang selikan pulak makan makanan berprotein tinggi dengan sayur -sayuran hijau atau sayuran yang sudah dimasak.Contoh, kalau hari ini makan makanan berprotein, esok pulak makan sayur, dan begitulah seterusnya.(Dr Dukan mendakwa kaedah ini senang membakar kalori)  Teruskan sehingga mencapai berat badan yang diinginkan. Anggaran 5 hari untuk singkirkan 1 paun.

Langkah 3
Tambahkan 2 keping roti, satu bahagian buah - buahan dan keju ke dalam diet harian; termasuk 2 hidangan yang mengandungi karbohidrat; serta 2 hidangan 'celebration' (makanan yang kita suka kot) dalam 1 minggu.
Untuk setiap 1 paun yang  hilang, lakukan ketiga - tiga langkah ini untuk 5 hari. Jadi, kalau hilang 5 paun, maksudnya kena stay on diet ni selama 25 hari 

Langkah 4
Selepas selesai ketiga - tiga langkah, sekarang dah boleh makan apa pun yang kita suka, asalkan masih makanan sihat, tanpa perlu banyak fikir. Tapi untuk sehari dalam seminggu, kita kena kembali ke attack phase. (tak dinyatakan pulak dengan terperinci, mungkin kena pantau jugak berat)



2 comments: