Monday, 22 October 2012

Salam Perkenalan!!!

Jeng jeng jeng... Introducing (drum roll)  Boboi & Gegirl!!!


kiri: warna coklat gelap Gegirl, betina.  kanan:  warna  oren cair ala - ala spesis harimau terancam Boboi, jantan
Dua - dua ekor kucing ni diambil daripada Caq, mak cik aku yang ada lebih kurang 9 ekor kucing. Harap - harap kami dapat jaga depa dengan baik. Hehehe. Setakat ni depa masih terkejut lagi. Dah relax & chill baru lepas dari sangkar. Dua - dua ni umur baru 2 bulan.




Shorty yang peramah cuba la berkenalan dengan Gegirl. Tapi tak dilayan. hahaha. Nanti cuba lagi Shorty

Shorty Kembali!!

Hehe setelah 2 hari terkurung, tengahari tadi Shorty dah kembali ke rumah aku. Betapa seronoknya dia. Melompat - lompat, berlari - lari, dan aktiviti wajib dibuat tak lain tak bukan tidur atas sofa.
Ni la aksi - aksi si Shorty:

Aaaaa mengantuknya...

mata dah nak terpejam

penuh stail tidoq


hahaha melampau berselimut sakan


sejuk!!

Sunday, 14 October 2012

Mengantuknya!!!!



Hehehe.. Siang - siang  bukan setakat orang ja yang mengantuk, kucing pun mengantuk jugak. Tak caya tengok la si Shorty ni yang tidoq bergaya atas sofa. Lebih daripada orang lagi.


Shorty tak suka tidoq cahaya cerah

sampai ternganga mulut

penatnya....

auwww!!

siap lapik bantal lagi

Tuesday, 9 October 2012

Si Comel Shorty

Hehehe ini la Shorty yang selalu menghiburkan aku. Dia dah macam kucing kami sendiri. Dia lincah, menikus,  
nakal, manja dan comel. Umur dia lebih kurang 6 bulan. Kami panggil dia Shorty sebab dia gemuk tapi kaki pendek. Bila gheyau suara nyaring. Pandai pulak meraih simpati orang.

Shorty merenung masa depan

Shorty baring atas sofa
Shorty tidur bergaya

Sunday, 7 October 2012

Book Review: Mudahnya Menjemput Rezeki



            Buku ni aku beli bulan lepas. Ditulis oleh Fathuri Salehudin.

Serba sedikit petikan dan ulasan aku mengenai buku ini:

Penulis menjelaskan definisi rezeki  dalam bahagian pertama buku ini.  Rezeki bukan semata – mata diukur dari segi wang ringgit, emas permata mahupun harta benda yang dapat dilihat dengan mata kasar. Sebaliknya, rezeki juga termasuk nikmat iman dan kedamaian hati. Rezeki juga berkait rapat dengan keimanan kepada yang Maha Esa; kerana pada hakikatnya Tuhanlah yang mengurniakan rezeki kepada manusia.
Penulis juga menghuraikan mengenai amal – amal ibadah dan kebajikan yang boleh ‘menjemput’ rezeki seperti mengutamakan solat, memperbanyak zikir, mengerjakan solat dhuha, membaca Al – Quran , bersedekah, sentiasa bersyukur, memberi makan kepada binatang dan lain – lain lagi. 
Bahasa buku ini pun mudah dan ringkas. Kandungan buku jugak tersusun. Sesuai dibaca oleh semua, walaupun orang yang malas membaca. (sebab bahasa dan pengolahan tak la berat). Selain itu diselitkan jugak la kisah - kisah orang yang ikhlas dapat rezeki tanpa disangka - sangka.
Kesimpulan dari buku ini, konsep rezeki yang sebenar dari konteks pandangan Islam adalah menyeluruh dan tidak terhad kepada material semata – mata. Dengan memahami konsep rezeki yang sebenar, kita tak akan  jadi materialistik dan mata duitan.


Kate: The final Episode

Hehe entri terakhir pasal Kate.

Seperti tertulis di entri sebelum ni, Kate dikhabarkan mengamalkan Dukan Diet untuk badan yang langsing. Diet ni diasaskan oleh Dr Pierre Dukan, doktor dari Perancis. Yang paling best, dengan amalkan diet ni, tak perlu selalu bersenam di gimnasium. Tak perlu jugak pantang makan makanan yang kita suka.

Secara ringkas, inilah langkah - langkah Dukan Diet: - (dari web cosmopolitan)

Langkah 1
Makan makanan yang mengandungi kandungan Protein yang tinggi. (kandungan Protein paling tinggi dalam putih telur). Contoh makanan : - daging tanpa lemak, produk tenusu tanpa lemak, ikan, makanan laut.
Kekalkan makan makanan berprotein tinggi untuk tempoh 2 hingga 7 hari, bergantung kepada berapa berat yang hendak dikurangkan.

Langkah 2
Sekarang, selang selikan pulak makan makanan berprotein tinggi dengan sayur -sayuran hijau atau sayuran yang sudah dimasak.Contoh, kalau hari ini makan makanan berprotein, esok pulak makan sayur, dan begitulah seterusnya.(Dr Dukan mendakwa kaedah ini senang membakar kalori)  Teruskan sehingga mencapai berat badan yang diinginkan. Anggaran 5 hari untuk singkirkan 1 paun.

Langkah 3
Tambahkan 2 keping roti, satu bahagian buah - buahan dan keju ke dalam diet harian; termasuk 2 hidangan yang mengandungi karbohidrat; serta 2 hidangan 'celebration' (makanan yang kita suka kot) dalam 1 minggu.
Untuk setiap 1 paun yang  hilang, lakukan ketiga - tiga langkah ini untuk 5 hari. Jadi, kalau hilang 5 paun, maksudnya kena stay on diet ni selama 25 hari 

Langkah 4
Selepas selesai ketiga - tiga langkah, sekarang dah boleh makan apa pun yang kita suka, asalkan masih makanan sihat, tanpa perlu banyak fikir. Tapi untuk sehari dalam seminggu, kita kena kembali ke attack phase. (tak dinyatakan pulak dengan terperinci, mungkin kena pantau jugak berat)



Kate part 3

Kate di Malaysia!!

Haha. Tajuk yang sangat teruja.

Semua dah sedia maklum Putera Will dan Kate melawat ke Malaysia, Singapura dan Kepulauan Solomon bulan lepas selama 9 hari. Semestinya yang jadi perhatian fesyen Kate la. Menurut Dailymail.uk, kos untuk 18 pasang baju yang Kate gayakan sepanjang lawatan itu mencecah £20k!(hampir - hampir RM100k)

Inilah baju - baju yang Kate gayakan sepanjang di Malaysia



 JENNY PACKHAM, £1,695: On day three in Kuala Lumpur, she wears a different Jenny Packham dress with her nude courts as she makes a speech at a hospital

  JENNY PACKHAM, Harga = £1,695





ALEXANDER MCQUEEN, £5,000: Later in the evening she changed into this stunning bespoke gown carrying a £180 Wilbur and Gussie gold clutch


ALEXANDER MCQUEEN,Harga =  £5,000



BEULAH, Harga = £895


ALICE TEMPERLEY, Harga = £1,550

ZARA, £20: A practical outfit for trekking in the a Malaysian conservation area, Kate wears a blouse from High Street brand Zara with beige khaki pants, a brown belt and walking boots
ZARA, Harga =  £20

Kate part 2

Haha. Isu ni dah lapuk. Tapi saja la nak tulis dalam blog jugak. Baju pengantin Kate telah mencipta satu fenomena dunia semasa majlis perkahwinannya dengan Putera William April tahun lepas. Ramai yang kagum dengan keanggunan Kate dalam gaun pengantinnya. 

Kosmo! ada menulis artikel khas mengenai gaun Kate; 

Gaun yang mempunyai leretan sepanjang 2.7 meter dan berbentuk V di bahagian kolar itu diperbuat daripada fabrik gazar yang membantu mengindahkan teknik lipatan pada bahagian pinggang. Ia disertai korset yang direka mengikut stail tradisional era Victoria.
Kaki gaun pula menggunakan material berkualiti seperti kain net yang digabung bersama renda kluni iaitu sejenis renda biku kasar yang diperbuat daripada benang linen atau benang kapas tebal berwarna putih gading.
Ini pulak pasal pekerja - pekerja yang menyiapkan gaun Kate:
Bersesuaian dengan status Kate yang bergelar isteri kepada Putera William, maka kain renda eksklusif buatan tangan para pekerja di Sekolah Diraja Needlework menjadi pilihan.
Kain renda yang dihasilkan oleh pekerja separuh masa dan pelajar dari Britain, Jepun, China, Amerika Syarikat (AS), Thailand serta Jerman itu dihiasi empat jenis motif flora yang menjadi lambang kebanggaan rakyat Britain.
Gaun ciptaan Burton yang pernah bekerja dengan Alexander McQueen tu dikatakan diinspirasikan daripada gaun pengantin Grace Kelly yang berkahwin dengan putera Monaco pada tahun 1956. 


Ini terbukti apabila gaun pengantin Kate turut menggabungkan fabrik kain renda di bahagian atas dan satin di bawah. Cuma yang membezakannya, kolar gaun Kate berbentuk V sementara Grace memilih konsep tertutup.
Situasi ini jelas menunjukkan Kate yang anggun memakai tiara Cartier milik Ratu Elizabeth tidak berniat untuk meniru gaun pengantin Grace.
Sebaliknya, dia menjadikan Grace inspirasi terbaik untuk menyerlahkan keanggunannya pada hari perkahwinannya.

Gambar - gambar dari Google.


Perbandingan gaun Kate dengan gaun Grace Kelly

Selebriti tempatan jugak tak ketinggalan menjadikan gaun Kate sebagai inspirasi. Hehehe.. ni Lisa Surihani; masa resepsi perkahwinannya Februari lalu. Belakang tu mak Lisa.



Kate part 1

Kalau ditanya kat ramai orang yang berisi (termasuk aku) mesti jawapan standard yang diterima -  'mesti la nak kurus'. Tapi hakikatnya usaha nak menguruskan badan bukan la semudah disebut, kecuali la orang yang metabolisme  tinggi. 

Duchess of Cambridge Catherine a.k.a Kate Middleton dulu tak la sekurus sekarang. Sekarang langsing sangat. Dulu pun dia bukan la gemuk mana sangat  pun. Menurut sumber web, dia amalkan diet Dukan. (akan dibincang kemudian)

Gambar Kate sebelum bertunang

Kiri: Kate sebelum kahwin   Kanan: Kate selepas kahwin
(sumber Google Image)

Kate semasa zaman universiti
(sumber web mirror.co.uk)


Thursday, 4 October 2012

Hello!!!

Tujuan tulis blog:

1. Saja suka - suka
2. Saja nak menulis
3. Sebab Wis pun ada blog
Kucing kenangan