Sunday, 7 October 2012

Kate part 2

Haha. Isu ni dah lapuk. Tapi saja la nak tulis dalam blog jugak. Baju pengantin Kate telah mencipta satu fenomena dunia semasa majlis perkahwinannya dengan Putera William April tahun lepas. Ramai yang kagum dengan keanggunan Kate dalam gaun pengantinnya. 

Kosmo! ada menulis artikel khas mengenai gaun Kate; 

Gaun yang mempunyai leretan sepanjang 2.7 meter dan berbentuk V di bahagian kolar itu diperbuat daripada fabrik gazar yang membantu mengindahkan teknik lipatan pada bahagian pinggang. Ia disertai korset yang direka mengikut stail tradisional era Victoria.
Kaki gaun pula menggunakan material berkualiti seperti kain net yang digabung bersama renda kluni iaitu sejenis renda biku kasar yang diperbuat daripada benang linen atau benang kapas tebal berwarna putih gading.
Ini pulak pasal pekerja - pekerja yang menyiapkan gaun Kate:
Bersesuaian dengan status Kate yang bergelar isteri kepada Putera William, maka kain renda eksklusif buatan tangan para pekerja di Sekolah Diraja Needlework menjadi pilihan.
Kain renda yang dihasilkan oleh pekerja separuh masa dan pelajar dari Britain, Jepun, China, Amerika Syarikat (AS), Thailand serta Jerman itu dihiasi empat jenis motif flora yang menjadi lambang kebanggaan rakyat Britain.
Gaun ciptaan Burton yang pernah bekerja dengan Alexander McQueen tu dikatakan diinspirasikan daripada gaun pengantin Grace Kelly yang berkahwin dengan putera Monaco pada tahun 1956. 


Ini terbukti apabila gaun pengantin Kate turut menggabungkan fabrik kain renda di bahagian atas dan satin di bawah. Cuma yang membezakannya, kolar gaun Kate berbentuk V sementara Grace memilih konsep tertutup.
Situasi ini jelas menunjukkan Kate yang anggun memakai tiara Cartier milik Ratu Elizabeth tidak berniat untuk meniru gaun pengantin Grace.
Sebaliknya, dia menjadikan Grace inspirasi terbaik untuk menyerlahkan keanggunannya pada hari perkahwinannya.

Gambar - gambar dari Google.


Perbandingan gaun Kate dengan gaun Grace Kelly

Selebriti tempatan jugak tak ketinggalan menjadikan gaun Kate sebagai inspirasi. Hehehe.. ni Lisa Surihani; masa resepsi perkahwinannya Februari lalu. Belakang tu mak Lisa.



No comments:

Post a Comment