Sunday, 7 October 2012

Book Review: Mudahnya Menjemput Rezeki



            Buku ni aku beli bulan lepas. Ditulis oleh Fathuri Salehudin.

Serba sedikit petikan dan ulasan aku mengenai buku ini:

Penulis menjelaskan definisi rezeki  dalam bahagian pertama buku ini.  Rezeki bukan semata – mata diukur dari segi wang ringgit, emas permata mahupun harta benda yang dapat dilihat dengan mata kasar. Sebaliknya, rezeki juga termasuk nikmat iman dan kedamaian hati. Rezeki juga berkait rapat dengan keimanan kepada yang Maha Esa; kerana pada hakikatnya Tuhanlah yang mengurniakan rezeki kepada manusia.
Penulis juga menghuraikan mengenai amal – amal ibadah dan kebajikan yang boleh ‘menjemput’ rezeki seperti mengutamakan solat, memperbanyak zikir, mengerjakan solat dhuha, membaca Al – Quran , bersedekah, sentiasa bersyukur, memberi makan kepada binatang dan lain – lain lagi. 
Bahasa buku ini pun mudah dan ringkas. Kandungan buku jugak tersusun. Sesuai dibaca oleh semua, walaupun orang yang malas membaca. (sebab bahasa dan pengolahan tak la berat). Selain itu diselitkan jugak la kisah - kisah orang yang ikhlas dapat rezeki tanpa disangka - sangka.
Kesimpulan dari buku ini, konsep rezeki yang sebenar dari konteks pandangan Islam adalah menyeluruh dan tidak terhad kepada material semata – mata. Dengan memahami konsep rezeki yang sebenar, kita tak akan  jadi materialistik dan mata duitan.


2 comments: