Sunday, 3 February 2013

Ritma hidup bergelar bapa

Harap Wis sudi baca. hehehe

Dari kosmo







KANAK-KANAK kecil itu yang berjalan berpimpin tangan dengan bapanya, menghentikan langkah selepas melihat beberapa individu tidak dikenali di hadapannya. Bapanya yang sudah berada beberapa langkah terkedepan daripadanya, berpaling dan memanggil anak kecil itu dengan nama pendeknya.
“Bella, mari sini dekat daddy,” si bapa cuba memujuk apabila anaknya yang berusia setahun lebih itu malu-malu untuk menghampiri kumpulan individu yang berada bersama bapanya.
“Daddy, daddy, daddy!” panggilan si kecil itu kepada bapanya dengan harapan ayahnya datang mendukungnya. Tanpa berlengah, si bapa pergi mendapatkan anaknya itu dan kembali ke tempat duduk dan meriba si kecil.
Situasi tersebut memperlihatkan sisi berbeza angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 41, yang sering ditafsir sebagai lelaki penuh karisma dan bijak apabila membutirkan bicara. Sejujurnya, apabila melayan kerenah puteri sulungnya, Sophea Isabella, ikon kebanggaan Malaysia itu tidak banyak bezanya dengan insan lain yang bergelar bapa.
Tambah menggembirakan bagi felo penyelidik utama di Institut Sains Angkasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu apabila isterinya, Dr. Halina Mohd. Yunos selamat melahirkan anak kedua mereka pada 19 Januari lalu di Hospital UKM (HUKM).
Rezeki cahaya mata kedua
“Alhamdulillah, Sophea Natasha selamat dilahirkan dan kami sangat gembira dengan kehadirannya. Saya dan isteri memang telah merancang untuk mendapatkan anak kedua dalam tempoh terdekat selepas Bella dilahirkan. Memang impian kami untuk memiliki anak yang ramai.
“Jika boleh saya ingin sepuluh anak tetapi rezeki di tangan Allah,” seloroh Sheikh Muszaphar dalam harapan.
Menyifatkan anak-anak sebagai pelengkap hidupnya, beliau menjelaskan bergelar bapa menuntut tanggungjawab yang besar sekali gus mengubah ritma kehidupannya.


BELLA, puteri sulung Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina cukup manja dengan bapanya.



“Anak-anak menjadi keutamaan dan sebagai ketua keluarga, saya perlu memastikan mereka diberi pendidikan dari peringkat awal. Pelajaran itu juga perlu merangkumi nilai-nilai Islam supaya mereka mudah dibentuk dan menjadi insan yang berguna kelak.
“Bella contohnya, telah diberi pendedahan dalam kelas renang dan saya juga cuba memupuk minatnya terhadap bidang sains angkasa menerusi hiasan gambar-gambar planet di biliknya. Setakat ini penerimaannya sangat positif,” kongsi Sheikh Muszaphar yang masih lagi berkhidmat sebagai doktor Jabatan Ortopedik di HUKM.
Kesibukan sebagai penceramah dan beberapa tugas yang lain membuatkan waktu untuk bersama keluarga agak terbatas. Tambahan pula, isterinya juga sibuk dengan tanggungjawab sebagai pakar bius di Hospital Selayang, Selangor.
Mujur mereka memiliki seorang pengasuh yang dipercayai untuk menjaga anak-anak. Menariknya, pengasuh tersebut pernah menjadi pengasuh Halina ketika beliau kecil dan telah bersama keluarganya selama tiga dekad.
“Meskipun mempunyai pengasuh, saya dan Halina masih melakukan tugas seperti menukar lampin dan membancuh susu. Walaupun sibuk, kami tetap berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak.
“Apabila ada peluang berkumpul, saya akan pastikan kami sekeluarga duduk makan bersama. Pada waktu petang, kami bawa anak bersiar-siar di taman dan ke kedai buku untuk memupuk minat mereka terhadap budaya membaca.
“Setiap hari Ahad, saya khususkan untuk kelas pendidikan bagi anak-anak. Ia bukan saja meliputi bacaan sahaja malah melibatkan pelbagai aktiviti menarik,” jelas Sheikh Muszaphar ketika ditemui Stailo baru-baru ini.
Siri kejayaan
Sepanjang hidupnya, Sheikh Muszaphar telah menggapai pelbagai kejayaan yang mengagumkan. Seperti insan lain, beliau juga memasang impian dan sasaran yang ingin dipenuhi.
Mungkin pencapaian beliau sebagai angkasawan pertama negara, bergelar doktor, menjadi penceramah dan memegang posisi sebagai ketua keluarga sudah memuaskan hati Sheikh Muszaphar dalam mengejar kejayaan duniawi.
“Apa yang saya harapkan kini adalah menjadi manusia yang baik dan suami yang bertanggungjawab. Saya juga mahu mengembalikan keagungan Islam dalam setiap ceramah yang saya sampaikan.
“Saya juga mahu melihat bidang sains di Malaysia ini lebih berkembang memandangkan semakin ramai anak-anak muda menunjukkan minat dalam lapangan ini.
“Namun, agak menghairankan apabila statistik mendedahkan hanya 20 peratus pelajar yang berminat meneroka bidang sains,” luah Sheikh Muszaphar yang mencadangkan agar setiap ibu bapa perlu memperkenalkan sains kepada anak-anak mereka dari peringkat awal.
Memasuki usia 40-an, penampilan Sheikh Muszaphar masih boleh dibanggakan. Fizikal dan tata rias dijaga rapi. Sesekali, dia membetulkan rambutnya yang digel agar sentiasa kemas.
Saat disapa soal pemakaian dan penjagaan fizikal, beliau menyatakan bahawa perkara itu sangat penting. Beliau mengakui sukar baginya untuk menjaga makan tetapi beliau memastikan senaman dilakukan di gim sekurang-kurangnya satu jam setiap hari.
“Saya berjumpa dengan ramai orang setiap hari dan sangat penting berpenampilan kemas. Tambahan pula, usia yang kian meningkat menuntut saya untuk fokus dalam menjaga kesihatan,” kata Sheikh Muszaphar.

KEMESRAAN dua beranak ini jelas menunjukkan keakraban mereka.



Beliau menambah, setiap kali keluar rumah, beliau menetapkan untuk memakai kasut. Hal yang sama turut diterapkan kepada Halina.
Kemeja atau baju T berkolar pula menjadi pilihan Sheikh Muszaphar. Seluar panjang merupakan item wajib kepadanya. Pada waktu santai, beliau selesa memakai jean. Namun, beliau tidak selesa bercelana pendek apabila keluar rumah.
“Saya tidak mempunyai jenama tertentu yang menjadi pilihan. Asalkan pakaian itu selesa dan membuatkan saya tampak kemas, ia sudah memadai,” ungkapnya.
Selain itu, Sheikh Muszaphar juga memberitahu, beliau seorang individu yang positif dan jarang tertekan. Sekiranya tertekan, beliau memilih untuk bersenam di gim dan paling penting, isteri dan anak-anak di sisi yang penghiburnya.
Masjid Gaza
Dalam kesibukan mengembangkan kerjaya dan menguruskan keluarga, Sheikh Muszaphar masih sempat membangunkan projek amal untuk Gaza, Palestin.
Kerjasama beliau bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) itu bertujuan membina sebuah hospital kanak-kanak yang dianggarkan bernilai RM100 juta dan dijangka siap menjelang tahun 2015. Kini, misi bantuan itu turut meliputi pembinaan sebuah masjid.


















3 comments: